http://www.emailcashpro.com

Tuesday, April 20, 2010

Share#19 : Pesanan dari seorang rakan...

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.



Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya

Untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah

Putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu,

Saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak

Saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau..

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.

Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.

Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah

Yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya

Pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan

Pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah

Sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang

Betul.

Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,

Akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak

Guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit..

Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman

Sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya

Mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman

Globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke

Mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,

Kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia

Sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara

Yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk

Ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya

Kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa

Banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila

Ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi

Hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan

Iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam

Minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak

Kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau

Minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan

Agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya

Sampaikan.

No comments: