http://www.emailcashpro.com

Tuesday, June 1, 2010

Share#75 : Memahami Apa Itu Zionisme, Yahudi Dan Palestin

Dua hari dulu kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza telah ditibai oleh Zionis Israel. Dua puluh anak kapal telah menjadi arwah dan lima puluh lagi telah cedera. Bantuan kemanusiaan ini dihantar ke Gaza. Gaza – sebuah kota dalam negara Palestin yang sedang lumpuh dari kegiatan ekonomi kerana sekatan yang dikenakan oleh Rejim Zionis.

Berhenti sebentar – sebelum kita menibai kembali Israel dan Yahudi ini kita wajib kembali kepada sejarah. Kita wajib mengetahui siapa Yahudi, siapa Zionis dan siapa Palestin. Kegagalan kita untuk mengenal pihak yang terlibat di dalam krisis ini akan menyebabkan kita akan tersasar di dalam membuat penilaian politik.

Salah membuat penilaian politik akan menyebabkan kegagalan dalam tindakan politik. Ini adalah antara sebab dan kenapa kita perlu kembali ke jalur sejarah dalam membuat setiap penilaian dan tindakan politik.

Peperangan di Gaza, Hebron, Jenin dan Baitulaham ini melibatkan dua pihak iaitu penduduk asal tanah Palestin - Orang Arab dan satu lagi golongan yang juga tinggal di Palestin tetapi tidak mempunyai tanah iaitu Orang Yahudi.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai tanah – Orang Yahudi merampas tanah-tanah kepunyaan Orang Arab untuk dijadikan sebuah negara mereka yang merdeka dan berdaulat yang dipanggil Israel.

Jika kita kembali pada jalur sejarah - kita dapat mengetahui kedua-dua bangsa ini sabenarnya adalah saudara kandung. Kenyataan ini bukan satu pembohongan. Kenyataan ini bukan seperti kenyataan-kenyataan lawak keluar dari Saiful Azlan Bukhari yang berterabur di Mahkamah.

Kisahnya begini – Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri iaitu seorang bernama Sarah dan seorang lagi bernama Hajar. Perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Sarah melahirkan Ishak - juga akhirnya menjadi saorang nabi. Susur galur Nabi Ishak pula adalah Nabi Yaakub. Keturunan dari Nabi Ishak dan Nabi Yaakub inilah yang melahirkan Bangsa Yahudi.

Perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Hajar dikurniakan seorang anak yang bernama Ismail. Keturunan Ismail ini adalah susur galur masyarakat arab sekarang. Masih ingat bagaimana Ismail telah ditinggalkan Hajar di tengah padang pasir Jazilah Arab sehingga terpencar air zamzam dari tanah?

Akhirnya melalui susur galur Nabi Ismail lahirnya seorang anak muda yang merubah dunia bernama Muhammad - dilantik menjadi rasul yang terakhir.

Jika kita mengkaji, melihat, memahami dan menilai susur galur ini dapat kita fahami bahawa Bangsa Arab dan Bangsa Yahudi yang berperang hari ini adalah saudara kandung yang berasal dari Nabi Ibrahim yang mempunyai dua anak yang bernama Ishak dan Ismail.

Agama Yahudi dibawa oleh Nabi Musa melalui kitab Torah/Taurat yang menyembah Yahweh iaitu Yang Maha Esa. Mengikut catatan sejarah - Nabi Musa telah membawa pengikut-pengikutnya Bangsa Yahudi ke Palestin setelah dikejar oleh Firaun melalui Laut Merah yang akhirnya terbelah dua.

Laut Merah hanya memberi laluan kepada Nabi Musa dan pengikutnya sahaja. Sedangkan Firaun telah hanyut dan mati di dalam Laut Merah setelah Laut Merah ini tertutup ketika melaluinya. Ini kesah sejarah yang tercatat di dalam kitab suci yang kita baca. Saya tidak chutia. Saya tidak lebong.

Jadi Bangsa Yahudi ini juga satu bangsa yang telah diwakili oleh nabi-nabi terdahulu. Ini adalah hakikat yang wajib kita terima.

Apa yang wajib kita faham ialah bukan semua Bangsa Yahudi itu keparat. Kita juga wajib memahami bahawa tidak semua Bangsa Yahudi itu jahat dan tidak berperi kemanusiaan.

Di dalam kehidupan masyarakat Yahudi ada satu ajaran yang bernama Zionisme. Zionisme adalah satu jalur pandangan tentang bagaimana Bangsa Yahudi harus menguruskan dunia. Zionisme adalah satu kepercayaan politik.

Biar saya terangkan kepala bana apa Zionisme ini. Zionisme mengamalkan semangat perkauman yang amat dahsyat. Mereka yang menganut ajaran Zionisme mengakui bahawa hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Hanya bangsa mereka sahaja dapat masuk ke syurga dan bangsa lain diatas muka bumi adalah hina dan kelas dua. Bangsa lain akan terjoblos ke neraka.

Barang siapa yang menentang Zionisme ini akan dianggap pembelot - wajib ditentang dan dibunuh.

Tetapi kita perlu berlaku adil. Tidak semua Bangsa Yahudi di dunia menganut ajaran Zionisme. Tidak semua Bangsa Yahudi bersetuju dengan jalur pandangan politik Zionisme. Tidak semua Bangsa Yahudi akur bahawa Zionisme perlu dipertahankan.

Ini sama keadaan di negara ini. Di Malaysia – apa yang kita sedut hari ini ialah Orang Melayu menyokong United Malays National Organisation. Tetapi tidak perlu menerima hakikat bahawa bukan semua Orang Melayu menyokong United Malays National Organisation.

Begitu juga dengan PAS. Orang Melayu menyokong PAS tetapi hakikatnya tidak semua Orang Melayu menyokong PAS. Orang Cina bermati-matian menyokong Malaysian Chinese Association tetapi tidak semua Orang Cina akan mati dengan Malaysian Chinese Association. Ada juga Orang Cina yang menyokong Bruce Lee.

Begitu juga dengan Zionisme – ianya bukan agama tetapi satu jalur pandangan politik sempit. Ini yang wajib kita faham agar kita dapat berlaku adil di dalam membuat penilaian.

Di Gaza – ramai anak-anak muda Yahudi yang memberikan sokongan kepada penduduk Palestin. Ramai antara tokoh-tokoh intelektual yang memberikan sokongan kepada pejuang-pejuang Palestin. Ini kerana mereka bukan menganut jalur pandangan politik Zionisme.

Pandangan politik Zionisme ini mendapat sokongan yang kuat dari Amerika Syarikat. Kita wajib menolak segala rundingan-rundingan dan resolusi-resolusi yang telah diadakan - juga yang bakal diadakan kerana itu hanya kerja yang sia-sia. Macam menjirus air ke pokok balak supaya berbuahkan tembikai laici.

Amerika Syarikat menyokong Zionisme kerana Zionisme adalah satu pandangan politik yang paling cocok untuk menyokong teori ekonomi kapitalis yang dianuti oleh Amerika Syarikat sendiri. Tidak dapat tidak Amerika perlu seiring dan sejalan dengan Yahudi-Yahudi Zionis untuk mengembangkan perniagaan dan ekonomi kapitalisnya.

Tiada perbedaan pembedilan roket ke Gaza dengan pembunuhan warga Iraq di Kota Tikrit mahupun di Kota Baghdad. Mengharapkan Amerika Syarikat menyelesaikan permasalahan antara Zionis-Yahudi dan Palestin sama seperti menyuruh harimau menjaga kandang lembu.

Amerika Syarikat dan Zionis-Yahudi adalah dua aparat yang tidak bolih dipercayai. Sesiapa yang mempercayai Amerika dan Zionis-Yahudi ini akan terus ditipu sampai mati. Sesiapa yang mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Barak Hussein Obama boleh masuk geng Mahmoud Abbas. Kemas barang dan pergi tinggal di New Jersey.



Written by Pared(x-Trainer Flex)

1 comment:

NONTON FILM ONLINE said...

trimakasih gan sudah berbagi ilmu semoga bermanfaat bagi para pembaca salam sukses