http://www.emailcashpro.com

Wednesday, June 30, 2010

Share#89 : Haram Jadah Pengkid!





Haram Jadah Pengkid!
http://mazidulakmal.blogspot.com


Baik-baik berkasih dengan wanita berperwatakan lelaki, pengkid. Itu peringatan pernah saya catatkan berulang kali di blog ini.

Bukan tujuan saya membenci kelompok itu, cuma sekadar berkongsikan peringatan bersama gadis mahupun isteri orang. Kes jenayah membabitkan pengkid tidak seharusnya dipandang remeh. Mereka perasan kononnya mereka lelaki lalu sebilangan bertindak seperti lelaki (baca: muak).

Memang teman wanita pengkid selalunya ayu sehingga terbeliak mata lelaki melihat, cemburu. Pengkid bijak 'mengayat', pandai menukilkan puisi cinta dan didakwa amat 'caring' (baca: jika dilayan). Mereka juga dikatakan sanggup berhabisan wang ringgit membelanja kekasih hati, perempuan.

Ops! Itu semua sanggup mereka hidangkan malah andai bulan dan matahari (baca: perumpamaan sahaja) mampu digapai dek tangan, pasti keduanya diserahkan kepada pasangan. Apa imbuhan pengkid, 'something in return'?

Hu! Hu! Mungkin 'mengecat', 'dicat' dan segala perbuatan melenguhkan lidah dan jari. Mungkin, barangkali, saya bukan pengkid, sukar memahami jiwa dan tindakan mereka.

Baca tajuk muka hadapan Harian Metro, HM di bawah. Menarik? Adakah kenyataan itu benar? Biarlah pembaca membuat perhitungan sendiri. Lagipun HM mempunyai ratusan ribu naskah untuk dijual, tajuk harus memikat pembeli, blog saya free, tiada caj dikenakan kepada pembaca.




Di Taman Kristal, Alor Star, Kedah, bermotifkan cemburu (baca: seperti dilaporkan), jurujual kedai alat tulis, Suhana Mohd Shariff, 26 tahun dilaporkan mati ditikam pengkid, ‘Oren’, 33 tahun menggunakan pisau pemotong sayur. Perut dan dada mangsa ditusuk 7 kali, Suhana meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah.

Pengkid itu kemudian dikatakan menikam dadanya sendiri dan mengelar pergelangan tangan kirinya (baca: percubaan membunuh diri), namun dapat diselamatkan (baca: kini dalam keadaan kritikal).

Antara fakta menarik kes, nombor pendaftaran kereta mangsa, '8477', umur mangsa, 26 manakala umur suspek, 33 tahun. Ya! Betul! Mereka lahir pada tahun 1984 dan 1977. Hebat percaturan angka terbabit, mendalam maksudnya, kan?

Apapun, saya enggan membuat spekulasi berhubung kes ini kerana sedang disiasat polis.

Cuma sekali lagi saya peringatkan khusus kepada insan bernama perempuan, jika dikecewakan dek lelaki, cari lelaki lain. Patah tumbuh, hilang berganti. Bukan semua lelaki jahat, masih ramai boleh dijadikan pasangan hidup.

Berpasangan dengan pengkid bukan jalan penyelesaian, itu jalan keluar buat sementara waktu barangkali untuk membelai jiwa rapuh, sewaktu ‘rebound’. Perlakuan buruk dan kejam mereka akan terbukti apabila berlaku perselisihan faham, when something goes wrong on the way to heaven (baca: kononnya).

Kalau saya katakan, haram jadah pengkid! Mesti ramai pengkid menyinga, marah. Cubalah sedaya upaya mengikut fitrah kelahiran sebagai perempuan, tidak perlu menjadi bak lelaki.

Redakan amarah, perempuan bukan pasanganmu.

Mereka cuba membunuh diri boleh didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, dipenjara setahun atau didenda atau keduanya.
--

1 comment:

Anonymous said...

cakap pandai la....kau bukan dalam golongan pengkid, kau tak paham apa yang dorg rasa....cakap mcm hebat, tapi cetek pemikiran.....

bukan semua lelaki jahat...dan bukan semua pengkid jahat....itu nilai dan watak masing2...jangan samakan semua...

jangan pandai2 nak mengkritik pengkid kalau kau sikit pun tak paham hati naluri dorg...kau ingat dorg nak ke jadi mcm tu?? kau ingat naluri dorg tu, dorg yang tentukan?? bawak2la pikir....