http://www.emailcashpro.com

Monday, May 3, 2010

Share#45 : Keputusan AIM17


Semalam (2 May 2010) berlangsung Anugerah Industri Muzik buat kali ke-17 di PWTC. Oh! Artis ada menerima jemputan dan tiket untuk ke AIM17 tetapi atas kekangan masa dan perkara lain, kami tolak tanpa sebarang wakil. Terima kasih kepada yang sudi offer tiket percuma tu ya? Berikut adalah senarai keputusan yang diumumkan malam tadi. Oh ya, jangan lupa baca rumusan mengenai AIM17 di bawah nanti.

Artis Baru Terbaik
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Hazami (Survivor)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)

Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)

Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into..Akasha)

Video Muzik Terbaik
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Enjut (Noraniza Idris)

Album Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam)

Lagu Nasyid Terbaik
Dia Muhammad (InTeam)

Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir)

Lagu Rock Terbaik
Situasi (Bunkface)

Album Pop Terbaik
Dayang Live (Dayang Nurfaizah)

Lagu Pop Terbaik
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)

Lagu Hip Hop Terbaik
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan Terbaik
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik
I’m Karen (Karen Kong)

Album India Tempatan Terbaik
Life Is A Mystery (Shruthi)

Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)

Lagu Terbaik
Dan Sebenarnya, Yuna (OA: Dah agak)

Album Terbaik
Adneralin, Faizal Tahir

Anugerah Kembara
Bunkface (OA: WHAT?!!)

Anugerah Wirama
Adnan Abu Hassan

Sedikit Note mengenai AIM 17.

Overal AIM 17 nampak menarik pada awalnya tetapi berlalu hambar mungkin kerana anugerah ini terlalu lama dan mungkin kerana ada beberapa anugerah yang ramai tak kisah dan langsung tak teruja untuk mengetahui siapa pemenangnya. Mungkin juga agak hambar kerana banyak perkara yang berlaku pada masa yang sama seperti Mentor TV3 dan EPL Football.

Selain itu, beberapa persembahan juga dikaitkan dengan 1 Malaysia di mana persembahan banyak dilakukan oleh 3 bangsa utama di Malaysia tetapi bila terlalu kerap, sampai Erma Fatima sendiri mengeluarkan statement di Twitter yang baginya agak susah juga bila hiburan juga diselitkan dengan asset politik which is not so good lah kan. Dan paling kasihan dengan penutup AIM 17 (closing) yang disampaikan oleh beberapa pelajar AF dan penari-penari seperti dalam konsert AF yang menjadikan penutupan AIM 17 benar-benar seperti penutup setiap konsert Akademi Fantasia. Dan ramai yang memberi pendapat, ini adalah AIM yang paling teruk pernah berlangsung.

www.ohartis.com

No comments: