http://www.emailcashpro.com

Monday, May 17, 2010

Share#61 : Kisah kehidupan.... (Bacalah & Amalkan)

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan
dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak
saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan
Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami
telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga
Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan
Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi
suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana
isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada
ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan
sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari
RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika
dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan
dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang
penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

No comments: