http://www.emailcashpro.com

Wednesday, May 26, 2010

Share #70 : UJiaN keseTiaaN YanG MenyakiT Dan MeLukaKan HaTi : "aBanG sunyiLah. BoLeh aBanG TeleFon?"

Pernah lakukan ujian ini. Ini bukan ujian Matematik atau Statistik. Tapi ujian kesetiaan kepada pasangan masing-masing.

Seorang kawan bercerita tentang ujian kesetiaan yang di lakukan kepada suami. Keputusannya, dia berasa hampa dan kecewa. Tertekan dan gundah gulana.

Dia hanya menyamar dengan berSMS dengan sang suami. Menggunakan nombor baru dan berpura-pura salah nombor ketika menghantar mesej. Tapi sayangnya, ianya tidak berakhir di situ. Tetapi itu satu permulaan yang tragik.

Sang suami terus menerus menghantar SMS dengan harapan ada balasan yang di inginkan. Ianya hanya mengguris hati sang isteri. Oh! Inikah suamiku?

Dia mengambil langkah drastik. Melayan setiap SMS yang tidak putus kunjung tiba. Berlarutan hingga berminggu-minggu. Setiap panggilan tidak pernah sekali pun di layan. Setiap ajakan keluar di berinya pelbagai alasan yang munasabah demi menjayakan misi ujian yang sedang berlangsung.

Kemuncaknya, pada satu malam ketika sang isteri dan anak pulang ke rumah emaknya untuk bermalam, si suami menghantar mesej kepada 'kekasih gelapnya'.

'Abang sunyilah. Boleh abang telefon?'

Gugur airmata sang isteri mendapat mesej tersebut. Apa yang berlaku seterusnya tidak pula di ketahui kerana cerita tergantung setakat itu sahaja. Aku juga tidak mahu bertanya lanjut. Hanya mendengar apa yang di luah sahaja.

Siapalah aku untuk beri nasihat. Cuma aku pesankan, jagalah rumahtangga sebaik mungkin. Jangan jadikan keputusan ujian ini alasan untuk menjauhkan diri dan berasa kecewa atau luka kerana sakit yang sedang di rasa ini, kitalah puncanya. Kita yang tiada kerja cari kerja.

Aku tidak tahu orang lain. Tapi jika aku, biarlah aku tidak tahu dari mahu mencari sendiri bagaiman dia sebenarnya.

Kamu pula bagaimana? Sanggup buat ujian kesetiaan kepada pasangan?

No comments: